gue tk abis download citer ni.kalu ade link tlg bagi tau gue.download Luerd Kattiya dlm file upload
cinta anothai pada dara tak pernah
berubah.....namun begitu misteri kedalaman hati seorang wanita tak
terduga dalamnya......boleh berubah sekelip mata.....apakah anothai
harus menerima layanan yang sebegitu daripada dara....apakah salah untuk
anothai menjadikan dala seorang permaisuri membolehkan dala
memperlakukan anothai sedemikian.....layanan yang tidak mesra dan wajah
yang tidak ceria apabila bertemu....adakah kerana keterbezaan darjat di
antara anothai dan dara...kasihan pada anothai...sekiranya cerita ini
berdasarkan realiti kehidupan seorang insan adakah pengorbanan yang
dibuat oleh anothai berbaloi....berbaloikah.....
Dara yang dikenali sebelum ini lembut dan manis sekali wajahnya
.....tetapi apabila dilantik sebagai puteri mahkota yang bakal mewarisi
takhta yasothorn....dara sentiasa marah2...bermasam durja.....sedangkan
usaha anothai menjadikan dara waris tunggal takhta yasothorn adalah
sesuatu yang sepatutnya menjadi milik dara selepas kematian kedua
ibubapanya.....walaupun layanan yang diberikan dara begitu dingin namun
anothai terus menunaikan janjinya pada dara untuk sentiasa berada di
belakang dara bagi membolehkan kerja mentadbir yasothorn berjalan lancar
walaupun nyawanya melayang.....begitulah ketulusan hati anothai yang
berkhidmat sebagai pegawai turus tentera yasothorn.....
Segala pengorbanan anothai bagaikan tidak berharga lagi pada
dara.....namun apabila anothai sanggup bergadai nyawa menyelamatkan dara
semasa cubaan membunuh dala pada suatu pesta keramaian...dara seakan2
tersentak dan memohon maaf kepada anothai terhadap keterlanjuran tingkah
laku dan tutur katanya pada anothai selama ini.....maklumlah anothai
kena tembak di dada...walaupun tabib istana telah merawatnya tapi
anothai tak bangun2 dari pengsannya.....sedih giler nih.....norachit
telah pergi memberitahu bapa anothai yang kemudiannya datang melawat
anothai di klinik istana....semasa bapa anothai nak balik rumah dia
bertembung dengan puteri dara yang datang melawat anothai setelah
diberitahu oleh dayangnya bahawa anothai telah sedarkan diri.....
Anothai yakin bahawa putera chaiyan mempunyai kaitan dengan komplot
ingin membunuh puteri dara.....anothai telah menghantar norachit untuk
mengadap putera chaiyan untuk memberitahu putera chaiyan yang anothai
sudah tahu siapakah dalang sebenarnya...putera chaiyan terkejut
mendengar berita tersebut lalu menghalau norachit...putera chaiyan dan
puteri khaekhaijaras yang tidak puas hati telah bertindak dengan pergi
ke istana yasothorn....pada masa yang sama anothai telah meminta puteri
dara berjumpanya untuk memberitahu siapakah dalang
tersebut....sesampainya di wad di mana anothai berada....puteri dara
masuk ke dalam dan meminta dayangnya phakka dan seorang tentera menjaga
pintu.....puteri merasa kasihan akan anothai....tuan puteri duduk sambil
mendengar anothai berbicara...memandangkan mereka nih sepasang kekasih
dan dah lama tak jumpa.....anothai telah memegang tangan dala sambil
mengusap2 dipipinya.....pada masa mereka bermadu kasih ada seorang tua
melintasi phakka dan tentera yang menjaga pintu....kasihan melihat
makcik tua itu mereka pun membantu makcik yang hendak ke wad
lain.....dijadikan cerita putera chaiyan pun tiba di wad anothai dan
menyelak pintu bilik tersebut dan ternampak anothai dan puteri dara
sedang bermanja- manjaan....putera chaiyan membuat keputusan untuk
menyebarkan khabar angin bahawa anothai dan puteri dara adalah sepasang
kekasih untuk menjatuhkan maruah tuan puteri... jahatnya.....
Putera chaiyan pulang ke Kemmerat dan memangggil menteri kewangan
yasothorn yang talam dua muka....menteri nih pantang orang bagi duit
sikit semua keje pun dia buat.....dia pun menyebarkan kisah percintaan
anothai dan puteri dara....khabar angin ini tersebar dengan begitu cepat
sehingga sampai ke pengetahuan puteri dara....puteri dara telah
berusaha memulihkan keadaan dan berjaya mengatasinya.....namun putera
chaiyan masih tidak puas hati lalu menyuruh isterinya puteri khaekhai
menyusup masuk ke istana yasothorn untuk mencari bukti yang boleh
digunakan untuk menjatuhkan puteri dara dan anothai....dijadikan cerita
puteri dara pula keluar berjumpa rakyat di pedalaman dan ini memudahkan
puteri khaekhai menyelinap masuk ke serata ceruk istana
yasothorn.....misi puteri khaekhai berjaya apabila dayangnya, Kranda
menjumpai dua pucuk surat yang dihantar oleh anothai kepada puteri
dara....surat ini telah dibawa pulang kepada putera chaiyan untuk
tindakan selanjutnya...sekali lagi menteri kewangan dipanggil untuk
menyerahkan surat2 tersebut kepada maharaja yasothorn atas tujuan hendak
memalukan puteri dara dan anothai.....
Walaubagaimanapun pada kali ini khabar angin yang dibawa adalah lebih
dasyat iaitu anothai akan membuat pemberontakkan dan akan mengambil alih
takhta yasothorn dan menjadikan puteri dala maharaninya.....khabar
angin tersebar dengan jayanya...anothai tidak dapat menahan kesabarannya
dan memerangkap menteri kewangan tersebut.....anothai telah menyeksa
menteri kewangan supaya mengaku bahawa dia bertanggungjawab dan
memberitahu siapakah yang menyuruhnya berbuat demikian....puteri dara
telah mendapat tahu akan tindakan anothai dan berangkat bersama menteri
pertahanan untuk berjumpa anothai di kem tentera yasothorn....puteri
dara meminta anothai melepaskan menteri kewangan dan ingin menyelesaikan
masalah ini sendiri.....puteri dara sedaya upaya memujuk anothai agar
tidak bertindak sesuka hati.....maklumlah nak marah pun kekasih
hati.....mesti tak sampai hati....sayang lagi adalah.....
Puteri dara telah menahan menteri kewangan di istana yasothorn...menteri
kewangan tidak mengaku bersalah....putera chaiyan telah mengarah
orangnya menyamar sebagai tentera yasothorn untuk mengeluarkan menteri
kewangan dan kemudian membunuhnya....tidak lama selepas itu istana
yasothorn menjadi kelam kabut disebabkan menteri kewangan telah didapati
hilang dari penjara...puteri dara telah pergi berjumpa anothai kerana
khuatir anothai yang menculiknya.... tetapi sebenarnya tidak....puteri
dara merasa lega dan melarang anothai daripada pergi mencari menteri
kewangan kerana bimbang anothai akan hilang pertimbangan....puteri dara
telah mengarahkan sesiapa yang keluar untuk mencari menteri kewangan
selain tentera yang ditugaskan akan dikenakan hukuman mati tanpa boleh
membela diri.....puteri dara tahu yang anothai bertindak demikian kerana
hendak melindungi dirinya namun puteri dara tidak mahu anothai sampai
kehilangan nyawa dalam mempertahankannya...
Setelah puteri dara berlalu...anothai membuat keputusan untuk keluar
mencari menteri kewangan seorang diri...dalam masa yang sama tentera
istana juga keluar mencari menteri kewangan juga....anothai terdengar
suara orang menjerit meminta tolong di dalam hutan dan mendapati ada
orang cuba membunuh menteri kewangan...anothai menyerang pembunuh
tersebut dan semasa berlaku pergelutan menteri kewangan telah terkena
beberapa tikaman..dan apabila pembunuh itu mati tentera istana pun tiba
di tempat kejadian dan membuat kesimpulan bahawa anothai telah cuba
membunuh menteri kewangan dan anothai telah ditangkap....anothai telah
dimasukkan ke penjara yasothorn...sedihnya...nih yang tak tahan
nih.....oleh kerana terlalu takut menteri kewangan telah membuat
keputusan menggantung diri dalam penjara sampai mati....ini menjadikan
anothai kehilangan saksi penting dalam kes ini.....
Puteri dara telah pergi melawat anothai di penjara....sedih puteri dara
melihat kekasih hati di penjara ...tapi apakan daya nasi telah menjadi
bubur....puteri dara telah menawarkan anothai kebebasan dan tidak perlu
dibicarakan jika dia bersetuju dilucutkan kesemua jawatan yang
dipegangnya sekarang.....namun anothai lebih rela dihukum mati jika
dalang disebalik kejadian yang berlaku di yasothorn dapat dihukum dan
maruah puteri dara dapat diselamatkan..... anothai cuma meminta puteri
dara supaya tidak mengaku menerima surat daripadanya untuk menjaga
maruahnya.....sebelum itu putera chaiyan dan ketua negara yang lain
telah bersetuju untuk menghakimi perbicaraan anothai termasuk lah putera
chaiyan dari negara kemmerat itu.....
Di dalam perbicaraan tersebut isteri menteri kewangan telah menunding
jari kepada putera chaiyan yang menyuruh suaminya melakukan kerja2
menyebarkan khabar angin...putera chaiyan telah mengaku tidak
bersalah.....putera chaiyan memmbangkitkan isu berkenaan surat anothai
kepada puteri dala....anothai dengan machonya mengaku dia ada mengirim
surat pada dara dan memcintainya......dan puteri dara juga mengaku
bahawasanya dia menerima surat daripada anothai kerana tidak sampai hati
membiarkan kekasihnya menanggung penderitaan seorang diri namun puteri
dara tidak menyatakan yang mereka memang sepasang kekasih.....
Setelah perbicaraan ke atas Anothai tamat....hukuman ke atas semua yang
terlibat pun dibaca....hakim perbicaraan yang juga Maharaja Yasothorn
telah mendapati putera chaiyan dan isterinya puteri khaekhai bersalah
kerana merancang pembunuhan puteri dara dan menyebarkan khabar angin
dengan tujuan untuk menjatuhkan puteri Dara.....putera chaiyan telah
dilucutkan semua pangkat dan gelaran termasuk jajahan yang sedia ada
begitu juga dengan puteri khaekhai....lebih teruk lagi puteri khaekhai
telah dihukum tidak boleh kembali ke yasothorn untuk tempoh 10
tahun.....menteri kewangan pula telah dibuang negeri dan yang sedih
sekali ialah hukuman ke atas anothai yang dituduh cuba merampas
kuasa....anothai dijatuhkan hukuman bunuh.....anothai dengan tenang
mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.....
Keesokan harinya menteri pertahanan telah datang berjumpa puteri Dara
untuk menandatangani arahan hukuman ke atas anothai....puteri dara
merasa tidak sanggup untuk menandatangani arahan tersebut....puteri dala
meinta pandangan menteri pertahanan sekiranya ada jalan keluar yang
lain demi untuk menyelamatkan anothai...namun jawapan menteri pertahanan
sangat mengecewakan puteri dara kerana sudah termaktub dalam undang2
yasothorn bahawa hukuman ke atas mereka yang cuba merampas kuasa ialah
hukuman mati.....dengan hati yang sedih puteri dara menurunkan
tandatangan bersama2 cop rasmi puteri mahkota ke atas arahan
tersebut.....puteri dala cuba menahan air mata dan berpaling menahan
tangis...menteri pertahanan pula melangkah keluar dengan hati yang pilu
kerana terpaksa melaksanakan hukuman ke atas seorang tentera yang begitu
setia terhadap negara..... masakan tidak sedih...anothai akan dijatuhi
hukuman bunuh pada jam 6.03 petang pada hari yang sama puteri dara akan
dimahsyhurkan sebagai maharani yasothorn....hari hukuman dijatuhkan
telah dipilih sendiri oleh anothai.....
Sejurus selepas itu puteri dara bermesyuarat dengan ketua2 negara2
kesatuan yang dengan sebulat suara telah memilih puteri dara untuk
menjadi ketua negara2 kesatuan setelah melihat cara yasothorn
mengendalikan masalah dalaman negara dengan begitu baik sekali.....di
dalam mesyuarat ini mereka telah mempersetujui untuk menabalkan puteri
dara sebagai maharani yasothorn dengan rasminya pada jam 6 petang pada
hari yang sama anothai akan dihukum mati..... walaupun puteri dara telah
berjaya mewarisi takhta yasothorn namun dia tidak gembira kerana
disebalik kejayaannya terdapat pengorbanan yang besar oleh seorang
rakyat yang juga kekasihnya.....
Anothai telah di tempatkan di penjara istana.....semasa anothai sedang
berehat...anothai telah di beritahu oleh pengawal penjara ada seorang
kawan lama ingin berjumpa.....puteri dara telah datang bersama
dayangnya, Phakka untuk berjumpa anothai buat kali terakhir.....puteri
dara telah mengarahkan pakka pulang kerana dia mungkin akan lama bertemu
anothai....setelah phakka pergi ....puteri dara masuk berjumpa
anothai.....anothai merasa gembira kerana dara datang menemuinya sebelum
dia dijatuhi hukuman.....banyak perkara yang diceritakan... dari
bagaimana mula perkenalan mereka sehinggalah apa yang berlaku....puteri
dara telah memohon anothai untuk melarikan diri ke wilayah lain untuk
mengelak dari hukuman bunuh namun anothai tetap dengan
pendiriannya....dia tidak mahu dikatakan pengecut.....kerana bagi
dirinya sudah mencukupi dia mengorbankan dirinya buat dara yang tidak
dapat dimilikinya.... walaupun kegembiraan yang mereka kecapi tidak lama
namun semua kenangan ini tidak mudah dilupakan oleh dara dan anothai
kerana bagi mereka kenangan inilah yang akan membantu dara meneruskan
sisa2 kehidupannya selepas kematian anothai.....anothai memeluk erat
dara dalam dakapannya dan mengucup dahinya buat kali terakhir...puteri
dara telah menghabiskan sepanjang malam di penjara bersama
anothai.....puteri dara mengharapkan malam yang panjang supaya dia
mempunyai banyak masa untuk bersama anothai....namun pagi menjelma jua
dan puteri dala terpaksa pulang ke istana kerana tidak mahu ketiadaannya
disedari..... anothai memakaikan puteri dara selendang dan memeluknya
buat kali terakhir sebelum mereka berpisah....apabila pintu penjara
ditutup anothai masih lagi memegang erat jari jemari dala .... puteri
dara melangkah pergi dengan hati yang sayu.....
Pagi itu ibu puteri dara datang ke kamarnya untuk bertemunya namun
puteri dara tidak ada di situ....ibunya bertanya pada phakka yang
mengatakan puteri dara pergi berjalan2 di taman bunga.... apabila puteri
dara sampai ibunya memarahinya kerana berjalan2 di taman bunga pada
awal pagi....ibunya sekali lagi memarahinya kerana puteri dara tidak
mencuba baju yang akan dipakai pada hari permasyhurannya....perasaan
puteri dara yang tidak keruan membuatkannya meninggikan suara pada
ibunya dan meminta pakaian serba hitam untuk permasyhurannya.... ibunya
tidak bersetuju namun puteri dara memberikan alasan bahawa baju hitam
itu untuk menunjukkan dia juga berada dalam kesedihan sebagaimana rakyat
yasothorn....ibunya akhirnya mengalah dengan puteri dara dan
berlalu....namun kebenarannya ialah puteri dara memakai serba hitam
adalah sebagai penghormatan terakhir terhadap kekasihnya anothai.....
Waktu yang dinanti2kan telah tiba.....puteri dara telah bersiap2 dalam
pakaian serba hitam untuk majlis permasyhurannya...anothai juga telah
disiapkan oleh norachit dalam pakaian panglima turus tentera untuk
menghadapi hukuman bunuh.....setelah anothai siap, bapanya telah datang
berjumpa anothai buat kali terakhir...anothai dipeluk bapanya dengan
erat sambil berkata bahawa dia merasa sangat bangga kerana anaknya
dihukum bunuh kerana berbakti kepada yasothorn.....setelah bapanya
berlalu anothai di datangi oleh menteri pertahanan yang akan mengiringi
sendiri anothai untuk hukuman bunuh.....menteri pertahanan bertanya akan
permintaan terakhir kepada anothai.....anothai meminta agar hukuman
bunuh dijalankan setelah dia melihat bendera yasothorn dinaikkan dan
meletakkan tangan kirinya yang mempunyai cincin di atas dadanya setelah
hukuman dilaksanakan....menteri pertahanan berjanji akan melaksanakan
semua permintaan anothai sebaik mungkin.....pada masa yang sama puteri
dara telah diiringi masuk ke balairung untuk
permahsyhurannya.....setelah di masyhurkan oleh maharaja
yasothorn....puteri dara telah memberikan titahnya....daripada wajahnya
kelihatan perasaan sedih yang tidak terhingga namun dia telah berjanji
dengan anothai yang dia tidak akan menangis.....namun begitu air mata
bertakung dalam matanya mengenangkan beberapa minit lagi kekasihnya
anothai akan dihukum bunuh dan dia tidak dapat berbuat apa2.....
Menteri pertahanan telah memnggil nama anothai dan anothai berjalan ke
arah palang di mana dia akan berdiri untuk menerima hukuman
bunuh.....apabila bendera yasothorn dinaikkan... menteri pertahanan
mengarahkan tenteranya untuk menutup mata anothai namun anothai meminta
untuk memandang bendera yasothorn sehingga ke nafasnya yang
terakhir....menteri pertahanan memberikan arahan untuk penembak
bersedia......sebagai penghormatan terakhir kepada anothai semua tentera
yang berada di tempat hukuman bunuh dijalankan telah mengangkat pedang
sambil melaungkan kata2 semangat kepada anothai......suasana menjadi
begitu hening dan hiba....arahan tembak telah diberikan dan anothai
telah ditembak di dada..... anothai masih mampu berdiri tegak sebelum
rebah ke bumi dengan perasaan gembira. puteri dara akhirnya menjadi
waris takhta yasothorn dan pengorbanan dirinya tidaklah sia2......
Mayat anothai telah diletakkan ke atas pengusung dan menteri pertahanan
telah melaksanakan permintaan terakhir anothai untuk meletakkan
tangannya yang mempunyai cincin ke atas dadanya sebelum
dikebumikan......mayat anothai telah dikebumikan di pulau dimana anothai
dan dara selalu bertemu....puteri dara telah mengarahkan phakka untuk
menjaga kebersihan dan kecantikan kubur anothai dan sekitar pulau serta
mebuat jalan bawah tanah yang menghubungkan istana dengan pulau itu
untuk memudahkannya menziarahi kubur anothai....di akhir cerita, puteri
dara telah mengunjungi pusara anothai sambil memakai mahkota yang di
perbuat daripada bunga liar yang pernah dipakainya semasa anothai masih
hidup.....puteri dara meminta anothai agar menunggunya di sana....mereka
pasti akan bertemu jua suatu masa nanti......puteri dara merebahkan
dirinya di atas pusara anothai sambil kenangan manis bersama anothai
berlegar2 dalam fikirannya.....
Begitulah berakhirnya sebuah kisah cinta antara anothai dan puteri dara yang penuh dengan liku2 kehidupan.....